Jadual Qamary kini telah dicetak kali ketiga!

JADUAL QAMARY BAGI I’RAB (ILMU NAHU) & TASRIF (ILMU SORF)

Jadual Qamary ini sesuai untuk para pelajar sekolah menengah, universiti mahupun orang awam yang ingin mendalami kaedah i’rab dan tasrif Bahasa Arab.

S: Apa yang menarik tentang jadual qamary ini?

  • Jadual i’rab : menghimpunkan lebih 15 bab nahu yang asas dalam satu mukasurat dan dipersembahkan dalam jadual bulatan, dengan tanda i’rab 10 bentuk isim dan 5 bentuk fi’il, selain disertakan contoh bagi setiap hukum i’rab (marfu’, mansub, majrur dan majzum).
    Jadual ini dibuat dengan kod warna tertentu.
  • Jadual tasrif : menghimpunkan 62 tasrif kata kerja (fi’il) berdasarkan 14 kata ganti diri (dhomir), dengan tambahan rujukan fi’il mujarrad, mazid, sohih dan mu’tal, dengan bentuk madhi,mudhori’, amar dan masdar setiap satu.
    Jadual tasrif ini juga disediakan kotak di atasnya untuk latihan pembentukan tasrif fi’il tertentu berdasarkan wazan (acuan) .

S: Adakah jadual ini pernah memasuki mana-mana pertandingan inovasi?

  • Ya. Jadual tasrif pernah dipertandingkan dalam Pertandingan Inovasi PDP Bahasa Arab sempena Hari Bahasa Arab Sedunia 2018 (WALD2018) di Fakulti Pengajian Islam UKM Bangi pada Disember 2018. Jadual ini mendapat pingat PERAK bersama beberapa inovasi lain.

S: Adakah jadual ini telah didaftarkan hakcipta?

  • Ya. Kedua-dua jadual ini telah mendapat sijil pendaftaran hakcipta melalui MyIPO pada tahun 2020, dengan judul Al-Jadwal Al-Qamary Li ‘Alamatil I’rab wa At-Tasrif.

S: Berapakah harga jualan jadual ini?

  • bagi harga promosi, jadual ini dijual dengan hanya RM10 setiap satu set ( dua² jadual dalam satu kad laminated saiz A4, disertakan pen “whiteboard” dan plastik balutan ).
    Harga tidak termasuk kos penghantaran, tetapi bagi tempahan 10 set ke atas, kos penghantaran akan ditanggung.
  • (Sila rujuk hujung posting ini)

S : Bagaimana mendapatkannya?

Jom tambah ilmu nahu dan sorof, dua ilmu terpenting dalam Bahasa Arab!!


NOTA :
Stok tempahan batch ketiga 200 naskhah kini telah dibuka.
Tempahan minimum 3 set, dgn harga promo rm28. (3 set)
Harga satu rm10.
Tak termasuk kos penghantaran rm6/rm10 (sabah sarawak).

Insya allah stok bagi batch ketiga, dengan cetakan lebih kemas akan menyusul minggu depan. Terima kasih..

  • us Qamar / qafmimra
Posted in Inspirasiku | Tinggalkan komen

Nota Kilat Bahasa Arab SPM 4.0 – edisi terakhir 2021

Alhamdulillah setelah berlalu hampir 6 tahun dari edisi pertama Nota Kilat pada tahun 2015 hinggalah edisi 3.0 tahun 2019, saya dapati sebanyak 87 maklumbalas berkenaan nota tersebut telah dihantar kepada saya dengan jumlah 2245 pelajar telah memanfaatkannya. (rujuk borang survey yang dibuat pada 2019: sini )

Sebagai penamat bagi penggunaan silibus KBSM 2011-2020 yang telah digantikan dengan KSSM 2017, maka saya dengan ini telah menghasilkan edisi terakhir nota tersebut dengan nombor siri 4.0 , iaitu Nota Kilat Bahasa Arab KBSM 4.0 , juga sebagai hadiah terakhir saya sebagai seorang bekas guru SPM, buat semua anak didik di luar sana, yang bakal mengambil peperiksaan Arab SPM mereka tak lama lagi.

Edisi 4.0 ini juga sebagai menambah semangat para pelajar yang telah mengharungi pelbagai siri PKP sejak Mac 2020 lagi, yang sangat mencabar apatah lagi apabila SPM ditangguh dan pembelajaran online diaktifkan. (siapa pelajar yang suka belajar online sila angkat tangan hehehehe)

Edisi 4.0 kali ini sangat istimewa kerana terdapat beberapa pembaharuan yang saya lakukan dalam nota tersebut iaitu :
– penambahan sistem warna yang lebih menyeluruh
– penambahan nombor bab bagi setiap bahagian (Nahu, Sarf dan Balaghah)
– penyusunan semula struktur nota
– 90% daripada perkataan dalam nota telah dibariskan / tasykeel untuk memudahkan rujukan
– penambahan contoh untuk beberapa bab seperti majaz mursal, uslub khabari & uslub insya’i
– penambahan panduan dan tips bagi beberapa bab tertentu

Kali ini saya sempat membuatkan satu video cara melipat nota serta ulangkaji ringkas menggunakan Nota Kilat 4.0 sebagai hadiah buat semua yang menyokong penghasilan Nota Kilat sejak edisi pertama hingga keempat kini. (untuk pengetahuan, video tersebut saya terpaksa hasilkan dalam kereta kerana ada kematian ibu saudara saya – alfatihah buat almarhumah Che’ Yah binti Kassim@Tamby – di kampung saya , Masjid Tanah semalam, jadi ada sedikit bunyi tambahan di belakang… moga bermanfaat)

Bagi mendapatkan Nota Kilat 4.0 dalam bentuk PDF pula, bolehlah muat turun terus dari link di bawah ini. PERHATIAN : saya tidak izinkan sama sekali sebarang aktiviti penjualan nota ini kepada sesiapa sekalipun, jadikanlah nota ini edaran percuma khususnya bagi pelajar yang tidak mampu mencetaknya. terima kasih…!

Untuk mencetaknya pula, saya syorkan seperti berikut :
– cetak atas kertas A4, digalakkan yang 80gsm atau 100 gsm agar tahan lasak
– cetak dengan warna (jangan lokek jika ada kemampuan cetak warna ya… 🙂 hehe )
– set cetakan PDF sebagai Fit To Printer bagi mengelakkan hilangnya sebahagian isi nota tersebut yang disusun tersangat padat.

Jom subscribe channel saya di :
– Youtube : www.youtube.com/qafmimra
– Telegram : t.me/qafmimranet

Semoga bermanfaat. Sudi-sudilah untuk komen di channel saya juga ya…
Jazakumullahu khairan … wallahu a’lam….

Posted in Inspirasiku | 2 Komen

Seni Bahasa Doa bil.02 : Doa Penerang Hati

SENI BAHASA DOA, bil.02
Oleh Qafmimra

[DOA PENERANG HATI @ DOA NABI MUSA A.S.]

Atau di instagram : https://www.instagram.com/p/CIpf8qOHeNE/?igshid=oy4y3ahylbz6

Ini salah satu juga doa yang banyak diamalkan oleh rakyat Malaysia, khususnya para pelajar dan guru. Doa ini diambil dari surah Toha / Taha ayat 25-28.

Sebagai panduan juga, jika ingin menukar lafaz yang bersesuaian, HANYA tukar dhomir (kata ganti diri), fi’il (kata kerja) dan isim (kata nama) yang berkaitan dengan diri kita sebagai hamba yg meminta, TAK PERLU tukar yang berkaitan dengan Allah (Tuhan yang dipinta dalam doa).

Dikongsikan cara membacanya dalam bentuk doa sendirian dan berjemaah.
Makna doanya pula, sila rujuk ayat tadi.

[KETIKA SENDIRIAN – ASAL]

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَ يَسِّرْ لِي أَمْرِي وَ احْلُلْ عُقْدَةً مِن لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

[KETIKA BERJEMAAH]

رَبَّنَا اشْرَحْ لَنَا صُدُورَنَا وَ يَسِّرْ لَنَا أُمُورَنَا وَ احْلُلْ عُقَدًا مِنْ أَلْسِنَتِنَا يَفْقَهُوا أَقْوَالَنَا

Perhatikan banyak perbezaan pada beberapa lafaz ini.

  • Mufrad jadi Jama’ :
    صدري > صُدُورَنا
    أمري > أُمُورَنا
    عُقدة > عُقَدًا
    لساني > أَلْسِنَتِنَا

■■■■■■■■■■■
Ingat tak, dalam surah Al-Falaq,

وَمِن شَرِّ ٱلنَّفَّٰثَٰتِ فِي ٱلۡعُقَدِ
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
-Surah Al-Falaq, Ayat 4

العُقَد ، جمع العقدة
Al-‘Uqad ialah jama’/plural kepada Al-‘Uqdah membawa maksud simpulan atau ikatan.

■■■■■■■■■■■

Semoga bermanfaat.

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

FB/IG/YT : @qafmimra

Langgan channel Telegram Qafmimranet di :
https://t.me/qafmimranet

Untuk karya-karya qafmimra atau Us Qamar, boleh layari blog :
qafmimra.wordpress.com

Posted in Bahasa Arab | Tagged | Tinggalkan komen

Jadual ringkasan intipati Surah Yasin

Alhamdulillah pagi semalam iaitu Jumaat 4 Disember 2020, saya bentangkan ringkasan tafsir surah Yasin kepada staf Melaka Bekal Sdn Bhd, dengan berpandukan diagram yang saya buat guna Powerpoint ini… 1 jam juga nak siapkan jadual ini sebab baru pertama kali guna jenis Sunburst Chart ini dalam Powerpoint. Dua Jadual Qamary yang saya hasilkan dulu telah direka dalam Adobe Illustrator

Alangkah seronoknya jika ayat-ayat yang selalu kita baca, seperti surah Yasin ini dapat kita fahami dan tadabbur bersama, agar menambahkan lagi cinta kita kepada Al-Quran..

Pada asalnya saya buat dalam bentuk slideshow, tetapi memandangkan masa yang terhad untuk pembentangan di bilik mesyuarat syarikat tersebut, maka saya ambil keputusan untuk hasilkan ala-ala dua Jadual Qamary saya yang dulu (Alamat I’rab dan Tasrif), supaya memudahkan staf mereka melihat secara “eagle eye” dan menyeluruh bagi surah Yasin yang mereka selalu baca.

Sumber bahan ringkasan ini adalah dari beberapa infografik Bahasa Arab yang memaparkan intipati surah Yasin.

Saya sertakan link untuk download fail PDF bagi jadual di atas : https://qafmimra.files.wordpress.com/2020/12/cartasurahyasin-update.pdf

Semoga bermanfaat… wallahu a’lam

Posted in Karya, Quran | Tagged | Tinggalkan komen

Video terbaharu saya : “Seni Bahasa Doa bil.01 : Doa Keampunan Ibu Bapa” di YouTube

Seni Bahasa Doa bil.01
Doa keampunan buat ibu bapa

WA LI WALIDAINA atau WA LI WALIDINA ?

Siri ini mengajak umat Islam membetulkan lafaz doa harian agar menepati kaedah Bahasa Arab yang betul…

Untuk versi Facebook di sini :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10160337395149573&id=784489572

Saksikan dan sebarkan….

Posted in Bahasa Arab | Tinggalkan komen